Sunday, February 17, 2013

~Tinta Pertama,..Melakar Cinta...



Bismillahirrahmanirrahim

p/s: harap bisa membaca dengan lapang hati..ini tulisan pertama, maaf jika ada kekurangan



Melakar cinta di ufuk memori semalam..

Kenyataannya pada alam maya itu mengejutkan. Siapa sangka, pernyataan dia dan dia bisa menjentik sekeping hati ini. Lantas, mutiara jernih  mengalir lagi buat kesekian kalinya.....
“err...kenapa saya?” bersama hembusan desahan nafas yang berat. Ragu-ragu dia mendongak.
 “cukuplah abang katakan yang Allah yang memilih sayang...bukan abang” perlahan, tapi cukup jelas.
Rahsia cinta ilahi tak siapa bisa menduga, cukuplah bagi kita untuk menyambutnya dengan seraut syukur. Usah menduga yang tak terjangkau fikiran, usah menoleh pada ketetapan azali, usah memberontak pada segaris takdir yang terlakar. Jalanilah kehidupan seperti aturan cinta Rabbulizzatialamin.

****************************************************************
Air mata ini masih terus-terusan mengalir..masih berdegil, masih laju merembes keluar dari sepasang mata yang terkandung seribu satu rahsia dan rasa hati...dalam perit menerima kenyataan realiti yang terlakar, bibir mungil itu masih bisa membisikkan... “terima kasih Allah,..aku terima...aku redha..”. Akhirnya, bertemankan air mata, dia terlelap dalam kelam bilik empat segi itu.
****************************************************************
Setelah seharian menghabiskan masanya dimakmal menyiapkan projek tahun akhir, Izz Nurailiz lantas melangkah perlahan, berjalan pulang ke asrama. Longlai langkahan kakinya memanjat satu persatu anak tangga menuju ke biliknya. Peluh terpercik keluar, dirinya teramat letih. Setiba sahaja dibilik, laju dia merebahkan sekujur tubuhnya yang hampir kehabisan tenaga itu ke tilam. Sambil itu, pantas tangannya menekan punat radio pada handphone kesayangannya. Berteman coleteh Dj radio, perlahan-lahan mata yang sememangnya kuyu, terkatup rapat. Namun, mindanya masih di alam realiti. Bait-bait lagu ‘Atas nama Cinta’ menyapa telinganya.

Tika mata...
diuji manisnya senyuman
terpamit rasa menyubur harapan
dan seketika
 terlontar ke dunia khayalan
 hingga terlupa
singkat perjalanan
 tersedar aku dari terlena
dibuai lembut belaian cinta
rela aku pendamkan
impian yang tersimpan
mengganggu keasyikan
gusar keindahannya
 merampas rasa cinta
 pada Dia yang lebih..
sempurna...

Dan untuk seketika fikirannya melayang jauh, mengimbau saat manis, tika hati mula mengenal erti sebuah cinta. Ya! Sebuah cinta yang hadir tanpa diminta. Lalu, gelodak perasaannya itu, dia bawa pada sang Pencipta. Hanya dia dan sang Pencipta yang mengetahui, tidak pada si dia yang disukai olehnya dalam diam.

‘Dia bukanlah cinta pandang pertamaku kerana pertama kali aku bertemu dengannya, tiada yang aneh berlaku pada diriku. Dia seperti kebanyakan kawan lelakiku. Tapi, entah kenapa simpati yang aku hulurkan pada dirinya telah bertukar kepada satu perasaan yang lain, perasaan yang halus, sayang dan suka padanya. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan. Aku sendiri tak pasti sejak kapan perasaan itu menghuni kamar hatiku.’ Hatinya mula menyusun kata cinta. Tanpa sedar, bibirnya bergerak, mengukir senyum. Lantas menghilang, terlelap bersama manisnya sebuah rasa yang pernah hadir menghuni laman hatinya.
            
         Hari-hari yang di laluinya, cukup mencabar, saban waktu memungkinkan kesabaran dan kekuatan. Bidang professional yang diambilnya kini, terasa begitu berat. Walaupun tak sepayah bidang kedoktoran, tapi..begitu sukar bagi dia yang sememangnya sinonim dengan engineering. Namun, siapa menduga, yang jauh disukainya itulah yang diperolehi. Dia sedar, dan dia tahu. Siapalah dia untuk menolak takdir yang tertulis lama di alam sana. Dan, akhirnya..dia redha bersama perancangan sang Pencipta yang Maha Agung!
            
         Mentari tak selamanya menerangi hari, pasti bulan akan mengambil tempat pada malamnya. Terang sinar mentari kekadang terlindung oleh sang awan. Begitulah fitrah alam.  Begitu jua pada penghidupan kita. Roda kehidupan senantiasa berputar. Tak akan terhenti walau hanya untuk sesaat cuma. Gembira pasti bersilih ganti dengan duka. Bahagia pasti bergantian derita.
             
          Usai menyiapkan assignment, laju tangannya menekan papan kekunci laptopnya menaip ‘Facebook’. Untuk seketika, dia terlalai melayani setiap karenah posting-posting rakan-rakan maya. Tiba-tiba, cursor itu terhenti pada skrin itu. Terkaku. Dia terkesima. Sungguh dia tak meyangka. Sungguh tak pernah terlintas pada ruang fikirannya. Tanpa disangka, air jernih itu mengalir deras. Menitik membasahi hujung pakaiannya.       

Air mata itu masih terus-terusan mengalir..masih berdegil, masih laju merembes keluar dari sepasang mata yang terkandung seribu satu rahsia dan rasa hati...dalam perit menerima kenyataan realiti yang terlakar, bibir mungil itu masih bisa membisikkan... “terima kasih Allah,..aku terima...aku redha..”. Akhirnya, bertemankan air mata, dia terlelap dalam kelam bilik empat segi itu.

Kenyataan itu, biar pun tak terlafaz secara jelas, namun, dia bisa mengerti pada bicara maya  antara dia dan dia. Teramat mengerti sekali dan bermulalah sebuah episod duka pada coretan perjalanannya. Seminggu dia demam. Seminggu juga dia membawa hati. Payah dia melenyapkan segala memori itu. Yang pasti, jiwanya tersangat kecewa dan sedih saat itu. Mujur, kata-kata semangat dari sahabat-sahabat tak pernah sunyi mendatangi hari-harinya. Tak terbalas olehnya. Dalam derita, dia bersyukur kerana dianugerahkan sahabat-sahabat sedemikian. Namun masa terus berputar tanpa henti. Tidak mungkin untuk ia berhenti walaupun sesaat dan kehidupan akan terus berjalan walaupun berbagai ujian yang mendatang. Pahit atau manis. Kita terpaksa hadapinya. Begitu jua dirinya, dalam rela dan terpaksa dia tiada pilihan. Dari saat ke minit, dari minit ke sejam, dan dari sejam ke sehari dan seterusnya mengikuti urutan yang sepatutnya… itulah kehidupan.

Seminggu kepulangannya ke kampung halaman, dia kembali bersama semangat kental, bersama azam baru. Tak akan sekali-kali dia memungkiri janjinya setelah coretan itu menghiasi hamparan kasih diari kesayangannya. Perlahan, tangannya membelek kembali halaman tersebut.

Bicara tentang cinta, tak kan pernah lelah, tak pernah habis tak pernah menghampiri penghujungnya. Jika dulu dialah lagenda cinta, yang bertahta utuh di sanubari..kini, sepoi-sepoi angin petang aku cuba untuk menanggalkannya..pada sebaris nama yang bersemadi bersama jasad ini, aku kan bahagia andai aku bisa memadamkannya dari kotak fikiranku…jika esok masih milikku..izinkan aku untuk membisik syahdu kata cinta buat terakhir kali untukmu teman..aku mengerti pada helaan nafas bicara maya antara kau dan dia,..teramat mengerti sekali…walaupun jauh di sudut hatiku masih mengharapkan dirimu untuk menjadi tahta buat hatiku untuk selamanya..namun aku akur pada segaris  tadbir itu…andai itulah takdir kita, andai itulah jawapan rindu yang aku nantikan pada separuh umurku..aku kan terima seadanya, redha pada keputusan yang tersirat yang tertulis di balik bicara maya yang menghampar segarit perit jauh ke hunjung tangkai hati..dalam payah aku mencari sekelumit jawapan cinta, bukan sedikit air mata yang menitis, bukan sedetik jiwa ini mengumam kata cinta, kata rindu pada seraut wajah itu, pada sebatang jasad itu….terlalu lama aku rasakan, terlalu lama aku nanti, untuk meraih sebuah jawapan pada sekeping hati ini…tanpa sedar, kudusku membawa rasa hati kepadaNya…syahdu, aku layarkan padaNya..menitik mutiara jernih untukNya bersama pengharapan untuk bertemu pada abjad-abjad dan dimensi yang bisa memaparkan sebuah jawapan….akhirnya, dihujung penantianku,,Dia hadirkan aku pada jawapan itu…tak pernah terlintas pada mindaku, tak pernah terbayang oleh sekeping hatiku…jauh tersimpang dari khayalanku, jauh tersasar dari imaginasiku…terasa perit untuk menghadapi pada hamparan jawapan rindu…sungguh teramat perit sekali….namun. dalam senduku, aku masih bisa mengukir secalit senyuman hampar…gembira dalam duka, bahagia dalam kecewa,..andai itu yang terbaik, aku relakan…dan aku tak akan sekali-kali menjadi hamba sebuah cinta yang tak berpenghujung…cukuplah hamparan kasih ini hanya untuk Dia yang lebih berhak…akan aku bangkit menepis bayangan semalam dan mengusir bait-bait rindu yang berembun di setiap saat..akan aku berjalan tanpa henti, melangkah selayaknya untuk mengubati luka jiwa yang pernah tergores dek kesilapan semalam yang terlalu mentah menerima sebuah cinta yang hadir…akan aku biarkan ia menjadi lagenda yang terindah dan teladan yang terpahit buatku untuk meneruskan sebuah pencarian yang lebih hakiki..dalam menggapai cebisan cinta ilahi…dan akhirnya, hembusan bayu hangat cinta,,,perlahan-lahan mengendur, menjadi sebuah lagenda….
010912
Izz nurailiz

Dan masa terus berlalu, meninggalkan kisah semalam. Alam terus menyanyi lagu cinta pada sang Pencipta, tanpa jemu, terus-terusan melagukan zikir cinta.

*****************************************************************
          Panggilan dari umi petang itu, mengusik kembali laman hatinya. Dapat dia rasakan, gelora gelisah yang kian menghampiri. Izz Nurailiz termangu sendirian. Setelah hampir 2 tahun kamar hatinya sunyi dari sesak perasaan berbau cinta kepada sesama makhluk. Hanya cinta Sang Pencipta yang memenuhi setiap rongga sendinya. Kini, taman hatinya diketuk lagi oleh sang cinta. Dalam kekusutan menghadapi ombak perasaan kala ini, tanpa segan dia layarkan hatinya pada Tuhan..malam-malamnya kembali ditemani tangisan memohon kepada sebuah jawapan.

          “Umi macam mana?”

      “Umi tak kisah, Umi ikut Nur,..jika Nur setuju, Umi akan terima...lagipun sejuk mata Umi tengok orangnya. Ayah pun seakan bisa menerima” Umi berterus-terang. Aku hanya diam.

        “hmm...kalau begitu kata Umi, teruskan saja majlis itu Umi...InsyaAllah, Nur akan pulang pada hujung minggu ini..”
          “Nur, kamu dah fikir masak-masak ke? Jangan disebabkan Umi dan Ayah, kamu terima orang itu. Jika kamu ada orang lain, Umi dan Ayah tak akan menghalang selagi dia boleh mencintai anak Umi seadanya” Kedengaran getaran pada suara umi. Aku bisa merasakan sendu suara umi.

           “ ya, Umi..Nur terima dia kerana Allah dan Nur yakin itu..” perlahan suaraku, tapi bisa didengari oleh Umi.
                Cincin bertahta berlian itu selamat tersarung indah dijari manisku. Aku tersenyum tatkala sirna mata sang ibu memandangku, bagaikan satu pengharapan. Dan aku seaakan-akan mengerti pada sinaran itu.

“InsyaAllah, saya akan menjaga anak mak cik seperti saya menjaga nyawa saya sendiri” desisku.  Dalam diam aku mengukir kata janji.

           “Nur, ini gambar tunang kamu.” Umi menyuakan sekeping foto ke arahku. Aku senyum.

           “Umi simpan je dulu gambar tu.” kataku lembut.

        “Tapi, sekurang-kurangnya lihat dulu fotonya” bicara Umi lagi, semacam tidak berpuas hati dengan keputusanku itu. Dan aku pula sekadar menggeleng dan tersenyum.

                *************************************************************
“err...kenapa saya?” bersama hembusan desahan nafas yang berat. Dia ragu-ragu mendongak.

Dia hanya tersenyum simpul. Sama seperti sebelumnya, jika ditanya dari mana dan bagaimana dia bisa mengetahui segala-galanya tentang sejarah hidupku dan sahabat-sahabat baikku, hatta, si dia yang pernah bertahta utuh dihati suatu ketika dulu. Lagaknya, tenang. Ketenangan yang dipamerkan pada keindahan seraut wajah itu menambah gusar dijiwa. Berbagai persoalan menerjah ke dasar sanubari. Perlahan dia bangun menghampiri sebuah almari. Laci dibuka perlahan. Buku berwarna hitam dikeluarkan.

“Sayang baca ni, segala persoalan sayang ada tercatit disini” katanya dan lantas menyua buku itu kepadaku.

Buku setebal seinci itu bertukar tangan. Teragak-agak aku membuka lembaran demi lembaran.

Pada lembaran terakhir buku itu, tertulis indah didada hamparan putih itu ‘andai silammu si dia yang menjadi cinta pertamamu, izinkan aku, Mohamad Qusyairi Ikmal bin Mohamad Hakim, menjadi cinta terakhir dalam hayatmu, cinta realitimu dan cinta halal bagimu...wahai cinta hatiku Izz Nurailiz Binti Alias’. Menitis air mataku. Aku tersentuh pada serangkap kata-kata itu. Jujurnya, aku tersangat mengenali buku berwarna hitam setebal seinci itu. Ianya, milikku! 

Abang menemukan ia dibalik pokok di tepi jalan. Jika sayang masih ingat, sewaktu sayang dirempuh oleh seorang peragut, abanglah orang menolong sayang mengutip barang-barang sayang yang berselerakan. Oleh sebab sayang terlalu kelam-kabut mengejar waktu, panggilan abang tak sempat menjengah pada gegendang telinga sayang untuk menyatakan buku ini masih digenggaman tangan abang. Mungkin sayang tak mengingati wajah abang. Tapi tidak pada abang, kerana buku ini perlu kembali kepada pemiliknya. Maafkan abang kerana mengambil waktu terlalu lama untuk mengembalikan diari sayang ini dan sebenarnya, abang telah terlanjur membaca tintamu, bidadariku. Maafkan abang, tapi abang tak menyesal, kerana abang yakin, Allahlah yang mengerakkan hati abang untuk membaca diarimu walaupun abang mengetahui ianya salah dan mungkin sayang tak akan bisa memaafkan abang! Namun, tulisan dan coretan cerita indah dan dukamu menemukan abang dengan seseorang yang lama abang nantikan. Seseorang yang selama ini abang cari. Mujur, langkah kanan kaki abang menghadiri majlis pernikahan sahabat abang menemukan abang dengan sayang disana. Dari situ, abang mengetahui sayang adalah saudara kepada sahabat abang. Dan dengan pertolongannya, abang merisik sayang dan segala-gala terlakar indah, terjalin cantik.

“bisakah sayang menerima abang sebagai imam sayang setelah mengetahui segala-galanya?” Bundar matanya menatap sepasang mata milikku. Penuh pengharapan.

                Diam seketika. Alam bagaikan turut mengerti, putaran kipas bagaikan terhenti. Semuanya, seolah-olah tak sabar menanti  butir bicaraku. Aku memejamkan mataku untuk seketika. Perlahan-lahan aku menggangguk.

                “tapi, kenapa saya? Saya bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima cinta insan soleh seperti abang, sejarah silam yang tak seindah banyangan firdausi dan kekhilafan yang pernah menghantui...layakkah saya untuk seorang yang sesempurna abang?” dalam sendu aku menuturkannya. Ya! Sememangnya selayak sebegitu. Kisahku tak seindah kisah Siti Khadijah, tak sehebat kisah Siti fatimah. Ku akui, saat pertama kali, saat sepasang mataku menatap seraut wajah insan yang bakal menjadi imamku kelak sebelum lafaz sakinah ijab kabul terlafaz, aku terkesima. ‘Subhanallah’ hanya itu yang mampu dituturkan oleh bibirku saat itu. Terlalu indah seraut wajah dihadapanku kini. Berkali-kali aku menanyakan ibu. Betulkah itu bakal suamiku, dan berkali-kali juga ibu mengiakan. Akhirnya aku terdiam, tertunduk membisu memandang lantai masjid.

 “abang juga tak sempurna sayang, cukuplah abang katakan yang Allah yang memilih sayang...bukan abang” perlahan, tapi cukup jelas. Tanpa sedar, air mataku menitik, jatuh terurai mengenai jari-jemari suamiku. Mutiara jernih yang mengalir saat ini mendendang irama bahagia, tak seperti sebelumnya. Aku  bersyukur atas rahsia cinta yang dirancang kemas oleh sang Pencipta yang Maha Esa!

fitrah manusia yang ingin dicintai dan mencintai


Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap mentari, lalu Dia datangkan kilat dan guruh. Puas kita mencari dan menanti dimana mentari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah (Nurull Halawati). Kehidupan tak semudah yang kita fikirkan. Tapi, ia tak serumit yang kita fikirkan juga. Asalkan kita lalui kehidupan dengan baik dan melakukan perintah-Nya, insyaallah, semuanya akan berjalan lancar (Nurul Ain Syuhada). Jika orang beriman mendapat kesenangan, maka dia bersyukur, hingga hal itu menjadi suatu kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesukaran, maka dia bersabar hingga hal itu pun menjadi suatu kebaikan baginya. (Riwayat Muslim).
                                                                                                          030213 Nur Azmi

No comments:

Post a Comment