Tuesday, July 15, 2014

Hujan

Bismillah.

untuk kesekian kalinya,
air ini jatuh dan jatuh
menitik, satu demi satu,
lama.

diluar sangkaan,
malam yang biasa
tapi, alunan suara yang luar biasa
menyentak habis,
bergetar jiwa dan sanubari

sungguh,
syahdu, dan tenang
terasa besarnya cinta DIA
kerdil tetiba
menyergah jiwa
dan nanges lagi.

sujud terakhir, berhujankan air mata.
lebat menyimbah tikar sejadah
saat laungan qunut dibicarakan
hati bergetar hebat
bak bayi kecil
teresak-esak di depan kiblat DIA

Tuhan,
aku insan hina.
tuntunilah aku sentisa
pimpinlah aku selalu
agar aku bisa berjalan menuju Jannah-MU
bila ruh dan jasad dipisahkan.

Masjid Bukit Jelutong
18 Ramadhan. 2014.

Monday, July 14, 2014

CAHAYA

Bismillah.

diam kita, suram alam tanpa suara.
diam alam, suram tanpa cahaya.

silih-berganti, masa terus berputar.
bersilih-ganti, waktu memaparkan cerita alam.
dan, cahaya itu milik Tuhan.
hamparan ujian itu dengan izin Dia.

hidayah Dia, bukan urusan kita.
urusan kita hanyalah berusaha mengajak dan menyeru pada kebaikan.
membasahkan hati-hati kontang dengan ayat-ayat suci dari kalam DIA
mengenalkan hati-hati kosong dengan hakikat sebenar kehidupan
tentang ujian, rahmat, redha, ihsan dan kebaikan.
urusan kita hanya menyampaikan, berusaha.
mahu atau tidak terpulang,
hati manusia Allah yang pegang!
cahaya hidayah DIA hanya dengan izin DIA juga.

saat kita berjalan,
menempuh satu jalan, dan satu episod hidup,
banyak yang kita temui,
ada pelbagai lorong-lorong kehidupan yang kita hadapi,
lain jiwa lain ujian.
hakikikat kehidupan yang mengajarkan kita.

disebalik cahaya,
ada cahaya di atas cahaya.
cahaya yang membentuk kita, mengenalkan kita pada sebuah realiti hidup,
yang bernafas bukan hanya sekadar sedut lepas udara sahaja,
tetapi lebih dari itu,
suara pada sebuah kebenaran, seru pada kebaikan, cegah pada sebuah kemungkaran.

titik.
sekolah hidup.

Aisya Azra.
2014. 14 Julai.

Sunday, July 6, 2014

Getar itu masih ada..

Bismillah.


Hakikat rasa yang sukar dipadamkan, bertalu-talu menghempas jiwa-jiwa kontang. Sangkanya, waktu bisa membenamkan segala susur galur kenangan, rupanya masih belum mengikis torehan nama itu pada sekeping hati. Hati yang terlalu lama membenamkan sebaris nama terukir, sukar untuk dikikis menghilang. Dan hakikat masa belum mampu menyembuh, hirisan pilu jiwa yang terkecewakan dengan makhluk Tuhan. Dan sungguh! Getar itu masih ada. Saat, maya memaparkan kisah romantika mereka, terbentang bercahaya pada suram sirna jiwa kontang. Dan, detak jiwa bergetar hebat. Bukan dia tidak yakin dengan takdir yang tertuliskan, Cuma dia masih tak mampu untuk berlapang dada dengan kisah yang indah yang lama dia gubahkan. Kerana hakikat hati dan perasaan bukan robot yang bisa di ‘resetkan’. Hati dan jiwa, perlukan masa dan ruang. Terjatuh itu mudah, untuk bangkit melawan rona ujian itu yang payah. Kata-kata mungkin senang ditutur oleh bibir, namun, kenyataan hati tidak sebegitu. Dan dia tak pernah menyesal dengan susun atur cintaTuhan buat dia, kerana dia yakin ada yang lebih baik telah disedikan oleh Tuhan  buat dia. Cuma, mungkin kerana terlalu lama dia menulis nama itu, membuatkan dia payah untuk memadamkan kembali. Sungguh, dia tak pernah menyesal, malah dia amat bersyukur dengan apa yang terbentang buat dia. Anugerah cinta dalam diam dari Penciptanya, bukan semua orang yang bisa terpilih. Dipetik Tuhan dari ribuan nama, adalah satu nikmat yang tak mampu didustakan. Walau seketika, sudah cukup buat dia rasa nikmat itu. Masih menunggu yang selayakknya menjemput pulang dan mengikis torehan pada hati untuk mengukir torehan lain yang lebih berhak dan layak!

" sepertinya, ada SESUATU yang ingin diajari TUHAN "