Bismillahirrahmanirrahim
Esok, bakal bermula semester baru. Tanpa kita sedar, cepat masa berlalu, sebulan sudah kita jalani dan luangkan masa dengan keluarga dan sahabat-sahabat lama di kampung. banyak cerita dikongsi, pelbagai pengalaman kita ukirkan, banyak memori kita coretkan bersama teman mahupun keluarga, semoga semuanya mampu menjadi sesuatu yang akan mematangkan kita dalam melayari alam kehidupan. semester baru,sinonim dengan azam baru...dan diri ini juga tak terlepas dari semua itu. ya! azam baru yang berkobar-kobar untuk melakar satu sejarah baru yang lebih indah dan bermakna! InsyaAllah. Sejajar dengan Firman Allah,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
justeru itulah, perlunya kepada azam untuk merubah diri kepada yang lebih baik...hurmm, rasanya, cukuplah setakat ini sahaja sebagai permulaan kepada First Entry sebagai penghuni Blogspot. Akhirnya, sebelum entry ini melabuhkan tirai, niat perlulah betul, dan sentiasalah bawa hati kepada Dia, Pencipta Alam Semester. okey la...titik. berakhir kita disini untuk first entry, dan insyaallah, kita akan bersua lagi pada entry-entry yang akan datang...Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment