Thursday, September 26, 2013

sakinah

ketenangan itu milk DIA, pintalah dengan DIA.
kadang sering hati menolak, sedangkan fitrah mengiginkan.
kadang sering hati terdetik, cuma terhalang dek dosa mungkin.

Fitrah manusia yang inginkan kebaikan,
cuma terpulang pada hati..
ingin terima atau tidak
pilihan pada kita..
sering, Allah menghampar kebaikan itu detik demi detik..
seluas hamparan bumi dan seisinya..
cuma kita yang kekadang menolak kerna tidak jauhari..
terus terusan menafikan hakikat sebenar..

::untuk bangkit x mustahil, untuk jauhari juga x mustahil..cuma tanya hati kita, mahu atau tidak?

Monday, September 23, 2013

andai jatuh

bismillah...


aturan nafas yang kian berombak,
berlari-larian antara gelisah  dan gundah,
 terpana terkaku..hakikat sebuah perjuangan..

kata ayah seorang sahabat,
 jika jatuh dan jatuh...
jangan hanya termenung menangis meratapi nasib 
tanpa usaha untuk bangkit dan terus bangkit..

 kekadang dalam hidup ini, kita perlu kepada rasa sakitnya jatuh agar kita mengerti akan hakikat hidup yang perlukan kekuatan untuk bangkit. kekadang pula, kita perlu kepada rasa pedihnya dilukai agar kita mengerti akan rasa manisnya disayangi. kekadang pula, kita perlu kepada rasa terhina agar kita terasa bahagianya dihargai oleh makhluk dan seisinya.

---------------------------something happen for a reason and everything happen with a reason--------------




Saturday, September 21, 2013

BUTIR-BUTIR CINTA

bismillahhirrahmanirrahim...

in the name of Allah, the most gracious n the most merciful

nafas di tarik sedalam mungkin
untuk seketika, terbuai dengan cinta dan nikmat DIA yang satu ini
sungguh diluar bayangan mindaku

hari ini,
sekali lagi, aku diberi peluang oleh DIA yang Esa
jauh di sudut sanubari..
terasa manik-manik kecil mengalir
membasahi relung-relung hati
yang kian terpenuhi dengan cinta dari insan-insan keliling

sejujurnya,
saat ini..
lidahku terasa kelu,
bibirku terasa beku,
untuk berbicara mengenai cinta ini
sungguh, 
cinta anugerah dr DIA kali ini..
sangat luar biasa sekali,
sehingga aku terkaku di lantai marmar putih,
terdiam dengan dendangan alunan ukhuwwahfillah
cinta dan kasih sayang
sahabat-sahabat dan adik-adik peyambung rantai-rantai perjuangan
menggoncang tasik hati tak sudah-sudah
gelak, tawa, tangis mereka,
adalah tangisku jua
kami sama saksikan
kami sama rasai
kami sama dengari

kini,
kami satu

-senyum-

lot of love,
AA aka Izz Nurailizz 

Wednesday, September 18, 2013

faham

bismirrahirrahmanirrahim...

bila ilmu faham itu menjunam ke hati, 
semuanya akan diturutkan mengikut landas yang sebenar.
semua ikutan menjadi erti, 
bukan hanya ikutan-ikutan saja,
lalu..
istiqamah itu akan berpaksi selayaknya.
dan bila ikutan hanya sekadar ikutan,
tanpa difahami sebetulnya,
segalanya berlansung sekadar ikutan,
tanpa istiqamah yang merajai..
dan segalanya akan berpusing sebagaimana sebelumnya..
lalu,
tinggallah ia sebagai memori terindah mungkin,
mungkin juga terpahit...
hanya cebisan kasih yang singgah pada jiwa kekeringan~

#pintalah hati yg subur dengan cintaNYA, kerna kita masih ada ruang tersebut selagi mana nafas masih dikerongkong#

Monday, September 16, 2013

learning

bismillahirrahmanirrahim...

bila dengan cinta kita membawa hati,
bila dengan hati kita memahat ikhlas,
everything will going smoothly..
insha allah ^^


Thursday, September 5, 2013

kertas putih berdakwat

jam sudah menunjukkan 2 pagi. tangannya masih ligat meneruskan tarian pena berlatarkan putih sehelai kertas. sesekali, terasa denyut di kepala. tak dihiraukan. matlamatnya hanya satu, memenuhkan segala ruang dengan dakwat-dakwat biru yang meluncur laju membentuk abjad. suasana sepi melintari. hanya kedengaran sayup-sayup gauman exzos pacuan empat roda di jalanan. sesekali, hatinya meruntun sebuah rasa ketidakpuasan hati. terlayar seketika dengan bisikan-bisikan halus tanpa disedari.

"beep, beep..!"

keasyikannya tergangu. perlahan dia mengapai handphone yang terletak di hujung meja. punat 'unclock' di tekan.

skrin empat segi itu bercahaya, terpapar bait-bait kalimah. bebola matanya bergerak ke bawah, perlahan bibirnya menuturkan sesuatu.

"Allah. He's The One who knows everything."
-tajdid niat, sahabat. Allah sayangkan enti 

Allah, Allah, Allah...
bagaikan mengerti perasaan aku saat ini. Tertekan dengan tugasan demi tugasan yang tiada mahu menemukan noktah.

Bertalu-talu diri ini dihempap rasa bersalah. Terlalu cepat melatah bila diuji. Terlalu mudah goyah bila digoncang. Jihad dan pengorbanan yang dipelajari seakan bertaburan di awangan. Hilang dalam kekalutan dunia. Sehingga lupa apa yang sepatutnya. Lupa pada asal aku ditempatkan disini, dibumi berpasir ini. Lupa pada asal aku dihantar disini. Semuanya, hanya kerana Allah..!

Dalam sendu meratapi khilaf, tergiang-giang kata sahabat:

"Yang paling menarik, tarbiyah Allah. Kau berjalan ke lubang cacing sekalipun, tarbiyah Allah akan bergolek-golek datang menerjah kau."
.................................................................................................................................

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Ar-Rahman:13

~Jangan cuba untuk berhenti berlari menggapai bintang, andai kepahitan yang terhampar, lapangkan hati, bawalah jiwa menuju Tuhan, ikhlaskan niat~

Lukisan senja

Bayu petang menampar-nampar lembut wajahnya. Riaknya masih sama seperti tadi. Pandangannya ditalakan ke hadapan. Jauh nun ke hujung garisan bumi. Kosong! Petang yang mendamaikan, bertemankan melodi indah dari sang ombak serta silauan hening senja masih tidak mampu mengusir segala rasa yang hadir dijiwanya saat itu. Masih resah. Masih gelisah. Kemalangan perasaan pada lewat tengah hari semalam berlarutan hingga ke hari ini. Tiada disangka, sebutir mutiara jernih bergerak menuruni cerun pipi dan lantas jatuh berderai mencium keras bongkahan batu.

Solehah membungkus keberanian. Hanya diam membisu. Dari tadi dia memerhati tingkah laku sahabatnya. Pelik. Namun, tak berani untuk dia bersuara bertanya. Hanya mampu memandang penuh tanda tanya. Untuk seketika, dia turut larut dalam lautan perasaan. Perlahan-lahan dia pejam mata. Nafas ditarik panjang. Cuba meraih keberanian mungkin.

“kakak..” kelopak matanya dibuka perlahan. Pandangan dikalihkan ke sebelah.

Senyap!

Tiada sahutan. Hanya kedengaran desah ombak. Insan disebelahnya masih seperti tadi. Hilang dalam khayalan.

“kakak..” sekali lagi dia bersuara. Lebih kuat dari sebelumnya. Sambil menggerakkan tangannya meraih jari-jemari insan disebelahnya. Jari sahabatnya digenggam kemas.

Ria menoleh perlahan. Mata mereka bertembung. Lama.

Alam sunyi buat seketika, khusyuk bertasbih agaknya. Seakan mengerti gelodak perasaan penghuninya senja itu. Tiada kedengaran decitan sang pipit, jua siulan sang murai. Tak seperti selalunya.

Solehah merapati sahabatnya. Dipeluk sahabatnya dari tepi. Erat. Kejap. Seakan mahu mengalirkan api kekuatan.

“kakak, sabar ye. Yakinlah, Allah bersama kakak. Walaupun adik tak tahu apa yang sedang kakak alami, tapi adik percaya kakak bisa mengharunginya dengan baik. Adik tahu kakak seorang yang kuat. Adik kenal kakak. Teramat mengenali sekali. Kuat ye kakak” laju bibirnya berbicara. Cuba menyuntik motivasi.

“adik…” serak. Perlahan. Pandangan masih seperti tadi. Tak berubah. Hanya pelukannya yang semakin erat.
……………………………………………………………………………………………………......

Ria - Bila hati dah tak mampu untuk menerima apa-apa…segalanya bagaikan terhenti…tiada air mata yang menitis, tiada jua kata-kata yang bisa dituturkan…hanya hamparan sebuah rasa yang tergambar jelas, rasa hati yang mengcengkam sanubari, perit! Perih dirasai..pedih jauh ke dasar hati..

Solehah - Sedalam mana luka yang terhiris, seperit mana ujian yang menghempap, bersabarlah. Bangkitlah! Allah menghadirkan ujian dan halangan bukan untuk melemah kita. Tapi untuk menguatkan kita. Kita sama-sama bangkit ya kakak!

Terpandang sebuah tulisan seorang sahabat,

Aku juga mungkin bukan yang terbaik
untuk datang menenangkan hati gundah kamu.
cuma aku mahu ceritakan gerangan yang paling manis di dunia
iaitu mencintai Allah dan RasulNya.
melebihi kecintaanmu kepada manusia dan bumi seiisinya.

Ibnu Qayyim mengatakan,
"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahgia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah.
Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah."

Ambillah waktu masing-masing
untuk kita, sendiri-sendiri duduk
bermuhasabah kembali atas segala yang terjadi
mencari hikmah di sebalik ketetapan ini.

Ambillah waktu masing-masing
untuk kita, sendiri-sendiri duduk
beristighfar dan menghitung nikmat-nikmat
bukan sekadar menangis dan menyalahkan.

Mungkin ini caranya Tuhan mengajarkan kita bagaimana untuk punya peribadi yang paling lapang dadanya dan paling besar jiwanya.
-Syafa Mohamed-

Adik ingin kakak tahu, Allah sayangkan kakak dan kita semua 

Wednesday, September 4, 2013

hidayah

bismillahirrahmanirrahim.

bila bibir bersuara, bila telinga mendengar, bila mata melihat..
hakikat penciptaan
lalu,
cinta yang mana ingin di dusta?
anugerah mana ingin di sendakan?
sedangkan nikmat-nikmat-Nya tak henti-henti mengalir,,,
terus dan terus 

cuma manusia yg sering tak nampak..!
sering melupa saat bahagia,
sering mengeluh saat derita..
dan aku adalah sebahagian mungkin.

_____Tetaplah aku pada hidayahMU Tuhan____