Tuesday, May 28, 2013

triangle love~

bismillah...

hati-hati dalam menyentuh hati
tersenyum melihat wajah-wajah insan dihadapan
sungguh mereka jantung hatiku..

kita bertemu kerana Allah..
kita berkumpul jua kerana Dia..
dan In Shaa Allah..
nanti,
kita kan berpisah juga kerana Dia..

buat kakak-kakakku tercinta..
damailah dalam peluk kasih dan cinta tarbiyyah..
tenanglah dalam naungan Islam, Ihsan dan taqwa..
bahagialah dalam ikatan ukhuwahfillah..
kerana hati dan perasaanmu,
layak untuk semua itu..

teruslah berjalan, menapak mencari sinar,
teruslah bergemerlapan dalam cahaya hidayah Tuhan
teruslah berdoa dalam meraih sakinah
dan teruslah berlari dalam menggapai redha Ilahi


bidadari kecintaan dunia, 
masihkah dikau ingat, 
saat pertama kita melangkah untuk bersama,
dalam medan dakwah dan gerabak tarbiyyah
kau, aku dan dia hanyalah insan biasa-biasa
dan sekarang kita juga masih biasa-biasa
biasa-biasa dalam menyerhanakan kecintaan kita pada duniawi
hembusan syahdu bayu tarbiyyah menyapa indah
meraup, mengusap lembut hati-hati kita..
membawa kita kepada sebuah cinta hakiki



senyum indah menambah seri tringle love
bayu petang berhembusam lembut
membawa khabar ketenangan
hati terpaut
oleh indahnya sebuah pertemuan
semoga berkah ilahi mengiringi



terima kasih..
hanya ungkapan ini yang aku bisa karang
tak terbalas segunung kesudian dan pengorbananmu
biarlah, menjadi catatan makhluk suci

~tetaplah pada jalan ini~

with full of love,
nurizz azmi_270513

Monday, May 27, 2013

rupanya,langkah ini masih tempang

bismillah...

berjalan keserata pelosok,
melihat dan memerhati..
bukan satu, bukan dua yang menerjah
bahkan beribu..
langkah masih jua diatur,
satu persatu,
perlahan-lahan dengan berhati-hati..
rasa hati yang inginkan sebegitu
lalu Allah menghadirkannya..

rupanya, dulu,..
langkah ini masih tempang..
ku sangka, sudah yang terbaik..
siapa sangka aturan Tuhan..
perancangan-Nya lebih telus dari hambaNya

Sweetkan Tuhan kita, teman =)

lalu,
bermulalah perjalanan sang sufi
melayari, membadai..
menongkah, dan meneliti

dalam meraup pengalaman,
terkais segala pedoman
lumrah penghidupan
yang sebegitu

Allah, Allah, Allah

cantiknya jalinan ukhuwah yang Engkau hadirkan,
indahnya gerabak tarbiyyah yang Engkau anugerahkan,
juga damainya kolam kasih dan cinta  yang Engkau resapkan

sunhanallah..
akan aku teruskan langkah ini
akan aku teruskan perjuangan ini
dakaplah aku dalam redhaMu Tuhan

nurizz_731


berkali-kali

bismillah..

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

nafas di hela panjang..
seakan ingin menyedut sebanyak mungkin molekul-molekul udara..
untuk meraih secebis kekuatan..mungkin..
berkali-kali cuba menghindar
berkali-kali cuba melenyap
namun setiap kali ingin berlari jauh,
setiap kali  itu juga ianya muncul
kemunculan yang tak dapat ditahan-tahan
kemunculan yang tak dapa disekat-sekat
retak..kembali retak
jahitan yang kian menyembuh,
kembali tercarik,
luka kembali berdarah
hujan di dalam
entah keberapakalinya
sakit, perit...
rupanya, masih tidak sembuh..
bahana meletakkan harapan pada yang tak pasti
akhirnya tersungkur lesu dijalanan
mujur iman, islam masih dipegang
mujur dingin kasih sahabat masih mendatang
mujur cinta Tuhan masih jua bertamu
mengusap penuh kasih sayang titisan air mata
membalut penuh lembut hirisan luka
 terima kasih....
untuk sebuah pengharapan
untuk selautan kesabaran
untuk segunung ketabahan
untuk setalam semangat
untuk segala-galanya...


~muhasabah..
mungkin tasbihku masih sedikit, hingga masih terjentik dengan kecilnya luka
mungkin zikirku masih kurang, hingga masih terluka dengan duka semalam


maknakan sebuah pertemuan,
leraikan sebuah perpisahan,
bangkitlah menghadapi hari
usah rebah menanti sinar
janji Ilahi benar
hanya kenyakinan
pasti semua bisa tersenyum



Sunday, May 19, 2013

bila jejak menghampiri


Bismillah 

Alhamdulillah, Alhadulillah, Alhamdulillah

hanya lafaz itu yang meniti di bibirnya
bahagia? terharu? lega? atau sebaliknya?
entah,..
dia sendiripun masih samar dengan perasaannya saat itu
apa yang pasti,
dia, selangkah menghampiri makna penghidupannya di dunia ini
jejak-jejak kakinya 
mula 180 darjah menghampiri
sebuah medan dakwah yang sebenar..
satu persatu mula menampakkan ceritera
suka manis sebuah perjuangan
dan dada sesak dengan seribu satu hal 

hari ini, selesai tugasan yang agak penting dalam hidupnya
penentu jalan keberkesanan,
segala jerit, perit dan maung
sebagai seorang pelajar..

dalam ketenangan menerima teguran,
masih tergusar dengan kebisuan yang dipersembahankannya sebentar tadi
semoga Allah, melembutkan hati,
insan-insan dihadapannya tadi..

"hasbunaallah uwani'malwakilhuwani'malmaulahuwani'mannasir"

semoga setiap derap kaki yang menapak,
terhitung subur
menjadi penolong kelak =)

Monday, May 13, 2013

secebis dari sehamparan~



Bismillahirrahmanirrahim

sakit yang amat,
jauh di dasar...
tiada kata-kata, 
tiada kenyataan..
yang ada hanyalah air mata

andai mutiara jernih ini bisa menceritakan,
cukuplah untuk dimengertikan..
usah bertanya kenapa dan mengapa..
kerna ianya lebih menyakitkan..

cukuplah hanya ikhlas meminjamkan bahumu, teman,
cukuplah hanya mengorbankan masamu, teman,
ianya sudah bermakna buatku...

terima kasih teman

andai kesakitan dan keperitan ini bayaran kepada cinta teragung Tuhan, 
izinkanlah aku untuk terus kuat menghadapinya..
andai kesakitan dan kegalauan ini bayaran kepada manis kejayaan,
izinkanlah aku untuk terus tabah melaluinya..

segalanya dengan izinMu
tarbiyyah air mata



sedu-sedan dalam sunyi sujud seorang hamba~


Sunday, May 12, 2013

bayangan cinta khalifah..



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..
semalam, 11 mei 2013, 
i'm official a step forward to baiti jannati
bahagia dengan aturan Tuhan, 
yang cukup indah,
jika seisi alam bertanya,
jika seisi angkasa membantah,
ia tidakkan mampu mengatasi 
aturan Tuhan...

ambillah tips dari kalam Allah
-surah Ar-Rum, ayat 21-