Sunday, February 17, 2013

generasi y..



Bismillahirrahmanirrahim

Hujan lebat yang menuruni deras menghempap bumbung-bumbung zink kedengaran kuat. Satu persatu kedengaran berderai bila titisan bertembung dengan kerasnya zink. Subhanallah! Suatu yang indah sebuah aturan Tuhan yang kekadang tak terjangkau oleh akal manusiawi. Pipit-pipit dan layang-layang berselindung dibalik dedaun pokok ditepi halaman. Kicauan yang bersahutan. Kedengaran agak bingit ditelinga, namun bingitnya tak mengganggu ketenangan alam, tapi menambahkan lagi seri alam pagi ini. Lantas aku mengatur langkah, satu persatu, menghampiri jendela yang mempamerkan suram dan kelamnya langit pada dhuha ini. Dihujung pandangan, tampak gelap. Sangat gelap, seiring dengan titisan hujan yang masih lebat. Bila hembusan sang bayu bertiup kencang, percikan titisan hujan terbias, mengenai lembut seraut wajah ini. Sungguh! Terasa nyaman. Ditambah dengan ketenangan dan redupnya waktu dhuha. Alam menyanyikan lagu indah, lentok sang dedaun menambah seri, bersama titisan-titisan dari sang awan. Burung-burung melangut memandang sang langit, berbicara sesama sendiri, ‘bilakah titisan-tisan putih ini akan reda?’ masih jua mendongak, sambil kakinya mencengkam erat dahan pokok itu.  Sesekali bulu lembutnya terbias dengan percikan hujan, lantas laju kakinya bergerak merapati dibalik daun yang lebih besar. Cukup untuk melindungkan badannya yang kecil. Lagu alam yang berkerisikan indah. Tanpa jemu melagukan zikir cinta pada sang Pencipta yang lebih berhak. Cukup indah bicara alam pagi ini. Saling bersahutan dan bergantungan. Cuma manusia yang sering alpa, sering lupa pada janji Sang Pencipta Yang Teragung. Berlagak dan ego. Dan kekadang berlarian dari ajaran Allah yang Maha Esa dan seringkali megah berdiri mangatakan akulah Tuhan! Nauzubillahiminzalik. Cukup sadis, cukup kesian, itulah impak bagi manusia-manusia yang jauh meninggalkan ajaran Tuhan, bagi mereka yang seringkali membiarkan sepi suruhan Tuhan, menanam ke dasar hati, siapa dia dan kenapa dia diutuskan ke alam dunia…lantas dengan jahilnya, menghiasi kalbu dengan sifat egois, angkuh, takbur, riak, tamak, ujub dan pelbagai lagi sifat-sifat yang kekadang jauh tersasar dari sang fitrah. Ya! Fitrah manusia yang menginginkan lembutnya bicara, fitrah manusia yang inginkan qanaah, fitrah manusia yang dambakan kejujuran, dan yang paling hebat, fitrah manusia yang mengakui adanya Tuhan! Allahuakhbar! Dimanakah silap kita wahai generasi y? dimanakah songsangnya langkah kita?? Sehingga setiap hari telinga-telinga kita di dengarkan dengan berita-berita kematian..bunuh! tetak! Buang bayi! Dera! Dan acapkali juga mata kita dipaparkan dengan khabar yang tak enak. Pegawai makan rasuah! Bohsia! Rempit! Pelacuran! Arak dan judi! Najis dadah! Hedonisme! Lebih menakutkan bila media elektronik seringkali menghidangkan berita–berita yang bisa menggegarkan jiwa kita, hancur luluh hati kita. Menangis sanubari kita bila mana sepasang mata kita, sepasang telinga kita mendengar dan melihat, anak rogol ibu!! Cikgu rogol anak murid! Bapa rogol anak gadis sendiri! Sumbang mahram melata. Pergaulan bebas tak terkawal. Berpelukan di tempat awam bukan muhrim! Berkhalwat di tempat sunyi! Berpelesiran tanpa tujuan dimall! lepak! clubbing! Ya Allah, inikah generasi y yang tertulis di dada-dada pengenalan diri menyatakan sepatah ayat  I.S.L.A.M??? dimanakah lembutmu wahai serikandi? Dimanakan hilangnya sikap qanaah mu wahai pemuda? Dimanakah zuhudmu wahai insan? Dimanakah kasih dan sayangmu wahai ayah? Dimanakah warasmu wahai sang anak? Hingga sanggup menodai ibumu sendiri, hingga sanggup menzalimi anakmu sendiri…aku melihat dan mentafsir…hanya pertanyaan yang mendatangi..aku masih bertatih untuk mengenal erti hidup yang sebenar,,jom, bersama kita perbaiki diri. Ayuh!


120213_Izz Nurailiz_9:20am

No comments:

Post a Comment