Sunday, February 17, 2013

Kita Bukan Pemula..jua Pengakhiran..



Bismillahirrahmanirrahim

Perjuangan itu bukan seindah bayangan Firdausi
Yang sering menghiasi tabir pemikiran
Bukannya hamparan karpet merah buat kita
Bukan jua jalan yang licin tanpa sang duri
Bukan juga anggukan atau gelengan..
Perjuangan itu tak semudah a.b.c…
Jua tak sesukar x.y.z
Ianya berliku dan bercabang
Dipenuhi longgakan cacian dan hinaan..
Tak terkira cucukan sang duri yang berceracakan..
Yang kekadang bisa melemahkan langkah kita..
Yang kekadang mampu melunturkan semangat kita..
Ia laksana sebuah empangan tangisan air mata
Dan juga sebuah hambatan rasa yang mencengkam..
Jua tadahan suara-suara yang tak pernah mahu memahami..
Herdikan demi herdikan suara yang tak mahu mengerti..
Yang kekadang terlalu tajam menusuk ke sanubari..
Penuh gelodak mehnah dan tribulasi..
Pelbagai dusta dan belitan dunia yang menghampiri
Yang sering menghempap deras..
Yang hadir sebagai ujian..
Yang menuntut tadhiyyah demi tadhiyah..
Yang memerlukan segunung kesabaran dan selautan kecekalan..
Jua ketegaran sang semangat….
Andai hilang cinta sang pejuang kepada Penciptanya
Maka, hilanglah satu gagasan kekuatan yang pernah dianugerahkan
Pada suatu ketika dulu oleh Penciptanya
Sewaktu hiba hatinya menyambut makian sang manusiawi,
Sewaktu penat jiwanya melayani karenah birokrasi..
Sewaktu luluh sanubarinya menerima pekhabaran duka sang sahabat..
Justeru itu,
Teruskanlah langkahmu wahai pejuang!
Jangan sesekali terdetik untuk berpaling
Dari landasan kecintaan yang penuh onak ini..
Istiqamahlah!
Usah berundur, usah gementar,,
Yakinlah Allah senantiasa bersama-sama kita..
Yakinlah Malaikat mencatat segalanya..
Akan setiap langkahan kaki kita,
Akan setiap pengorbanan kita..
Bila tiba saatnya nanti, bila sampai waktunya,
Segalanya pastikan terbukti,
Segalanya pasti terbongkar..
Sesungguhnya janji Allah itu benar,..
Dia mengetahui segalanya..
Hayunkanlah langkah
Tabahkanlah hati menuju ke hadapan
Tapak demi tapak mu,
Sedang diperhati…….







No comments:

Post a Comment