Bismillah.
Hakikat rasa yang sukar dipadamkan,
bertalu-talu menghempas jiwa-jiwa kontang. Sangkanya, waktu bisa membenamkan
segala susur galur kenangan, rupanya masih belum mengikis torehan nama itu pada
sekeping hati. Hati yang terlalu lama membenamkan sebaris nama terukir, sukar
untuk dikikis menghilang. Dan hakikat masa belum mampu menyembuh, hirisan pilu
jiwa yang terkecewakan dengan makhluk Tuhan. Dan sungguh! Getar itu masih ada.
Saat, maya memaparkan kisah romantika mereka, terbentang bercahaya pada suram
sirna jiwa kontang. Dan, detak jiwa bergetar hebat. Bukan dia tidak yakin
dengan takdir yang tertuliskan, Cuma dia masih tak mampu untuk berlapang dada
dengan kisah yang indah yang lama dia gubahkan. Kerana hakikat hati dan
perasaan bukan robot yang bisa di ‘resetkan’. Hati dan jiwa, perlukan masa dan
ruang. Terjatuh itu mudah, untuk bangkit melawan rona ujian itu yang payah.
Kata-kata mungkin senang ditutur oleh bibir, namun, kenyataan hati tidak
sebegitu. Dan dia tak pernah menyesal dengan susun atur cintaTuhan buat dia,
kerana dia yakin ada yang lebih baik telah disedikan oleh Tuhan buat dia. Cuma, mungkin kerana terlalu lama
dia menulis nama itu, membuatkan dia payah untuk memadamkan kembali. Sungguh,
dia tak pernah menyesal, malah dia amat bersyukur dengan apa yang terbentang
buat dia. Anugerah cinta dalam diam dari Penciptanya, bukan semua orang yang
bisa terpilih. Dipetik Tuhan dari ribuan nama, adalah satu nikmat yang tak
mampu didustakan. Walau seketika, sudah cukup buat dia rasa nikmat itu. Masih
menunggu yang selayakknya menjemput pulang dan mengikis torehan pada hati untuk
mengukir torehan lain yang lebih berhak dan layak!
" sepertinya, ada SESUATU yang ingin diajari TUHAN "
No comments:
Post a Comment