Monday, July 14, 2014

CAHAYA

Bismillah.

diam kita, suram alam tanpa suara.
diam alam, suram tanpa cahaya.

silih-berganti, masa terus berputar.
bersilih-ganti, waktu memaparkan cerita alam.
dan, cahaya itu milik Tuhan.
hamparan ujian itu dengan izin Dia.

hidayah Dia, bukan urusan kita.
urusan kita hanyalah berusaha mengajak dan menyeru pada kebaikan.
membasahkan hati-hati kontang dengan ayat-ayat suci dari kalam DIA
mengenalkan hati-hati kosong dengan hakikat sebenar kehidupan
tentang ujian, rahmat, redha, ihsan dan kebaikan.
urusan kita hanya menyampaikan, berusaha.
mahu atau tidak terpulang,
hati manusia Allah yang pegang!
cahaya hidayah DIA hanya dengan izin DIA juga.

saat kita berjalan,
menempuh satu jalan, dan satu episod hidup,
banyak yang kita temui,
ada pelbagai lorong-lorong kehidupan yang kita hadapi,
lain jiwa lain ujian.
hakikikat kehidupan yang mengajarkan kita.

disebalik cahaya,
ada cahaya di atas cahaya.
cahaya yang membentuk kita, mengenalkan kita pada sebuah realiti hidup,
yang bernafas bukan hanya sekadar sedut lepas udara sahaja,
tetapi lebih dari itu,
suara pada sebuah kebenaran, seru pada kebaikan, cegah pada sebuah kemungkaran.

titik.
sekolah hidup.

Aisya Azra.
2014. 14 Julai.

No comments:

Post a Comment