Thursday, September 5, 2013

kertas putih berdakwat

jam sudah menunjukkan 2 pagi. tangannya masih ligat meneruskan tarian pena berlatarkan putih sehelai kertas. sesekali, terasa denyut di kepala. tak dihiraukan. matlamatnya hanya satu, memenuhkan segala ruang dengan dakwat-dakwat biru yang meluncur laju membentuk abjad. suasana sepi melintari. hanya kedengaran sayup-sayup gauman exzos pacuan empat roda di jalanan. sesekali, hatinya meruntun sebuah rasa ketidakpuasan hati. terlayar seketika dengan bisikan-bisikan halus tanpa disedari.

"beep, beep..!"

keasyikannya tergangu. perlahan dia mengapai handphone yang terletak di hujung meja. punat 'unclock' di tekan.

skrin empat segi itu bercahaya, terpapar bait-bait kalimah. bebola matanya bergerak ke bawah, perlahan bibirnya menuturkan sesuatu.

"Allah. He's The One who knows everything."
-tajdid niat, sahabat. Allah sayangkan enti 

Allah, Allah, Allah...
bagaikan mengerti perasaan aku saat ini. Tertekan dengan tugasan demi tugasan yang tiada mahu menemukan noktah.

Bertalu-talu diri ini dihempap rasa bersalah. Terlalu cepat melatah bila diuji. Terlalu mudah goyah bila digoncang. Jihad dan pengorbanan yang dipelajari seakan bertaburan di awangan. Hilang dalam kekalutan dunia. Sehingga lupa apa yang sepatutnya. Lupa pada asal aku ditempatkan disini, dibumi berpasir ini. Lupa pada asal aku dihantar disini. Semuanya, hanya kerana Allah..!

Dalam sendu meratapi khilaf, tergiang-giang kata sahabat:

"Yang paling menarik, tarbiyah Allah. Kau berjalan ke lubang cacing sekalipun, tarbiyah Allah akan bergolek-golek datang menerjah kau."
.................................................................................................................................

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Ar-Rahman:13

~Jangan cuba untuk berhenti berlari menggapai bintang, andai kepahitan yang terhampar, lapangkan hati, bawalah jiwa menuju Tuhan, ikhlaskan niat~

No comments:

Post a Comment