Saturday, June 15, 2013

#sebab kisah kita berbeza.

Bismillah

Terang. dada langit. Luas. Bentangan bumbung tanpa tiang itu. Subhanallah. Hebatnya DIA. DIA menciptakan segalanya dengan penuh teliti, hatta bilah-bilah dedaun yang menjuntai-juntai, tak terkira dan terzahir untuk membicara tentang telitinya DIA, ALLAH Pencinta Alam.

Petang itu, bilah-bilah dedaun kaku. Sepoi bayu tak menampakkan sosok gerangan. Segan agaknya. Atau mungkin sedang asyik bertasbih memuji PenciptaNYA.

Allah! Hati ini masih melagukan rentak melankolik. Mata ini masih basah. Hujan dalam dan luar.

Sejak dua menjak ini, kerap kali hujan turun, reda sekejap, hujan lagi. pelik! tapi itulah hakikatnya.
bila hati bertemu kerana Allah, yang manis mengundang terharu, lalu hujan. Yang pahit juga mengundang hujan. oh, heran sungguh hati-hati yang melihat. perlukah hujan sebegitu sekali?

Mungkin ini caranya aku mengekspresikan rasa. mungkin ini cara aku menzahirkan sayang. dan juga tak mustahil ini adalah cara aku melafazkan cinta. ya! cinta atas anugerah persahabatan ini. sebab kisah kita berbeza-beza.

Masing-masing ada jalan cerita masing-masing. masing-masing ada alor lakonan masing-masing. dan kisah kita mungkin sama, tapi yang banyaknya, kisah kita tak sama.

-Aisya Azra-
Kota Berpasir

.................................................................................................................................

Jannah Solehah. senyum. coretan kisah kita hampir sama sahabat. aku kira, tak salah untuk aku katakan aku juga merasakan apa yang ukhti rasa.

Ya! Kota rasa penuh misteri. Kekadang menguras segala air mata kita, dan mencabut rasa kecil hati kita. INdah. Ukhuwwahfillah.

Mungkin luarnya, tak sama. aku kira tak akan sama. tapi rasa itu mungkin sama.

"jejak-jejak hidup pada yang memaknai.."

Tersenyum merenung langit.

-Jannah Solehah-
Bumi Terbiyyah

..................................................................................................................................

Tak ada kata-kata yang bisa diucapkan. sungguh, lidah kelu, hati mengalir nafas cinta tarbiyyah. baru tersedar, dulu...langkah yang diatur dalam daerah kelam rupanya. penuh gelak tawa yang kekadang buat hati beku.

Dan hari ini, saat bayu terbiyyah itu menerjah. tak habis air mata menitis. tak habis rasa malu mendatangi. tak jemu-jemu segan menghampiri. sungguh, jika ditanya, adakah aku ingin padamkan segala memori tentang masa silamku. aku akan menjawab 'YA'.

Segan aku pada Penciptaku. segan aku pada Pemilik Cintaku!

"dia" seorang sahabat. Allah hadirkan untuk aku kembali berpegang pada tali yang SATU.

"dia pernah kata, tak perlu untuk memadamkan segala kisah silammu teman, kerna jika bukan kerna silammu, mungkinkah kau akan berada di sini, hari ini?"

Tersentap!

Diam. Kota hati menangis lagi.

-Amiliin Az-ZAhra-
Desa Taubat

....................................................................................................................................

Kisah kita mungkin berbeza, tapi membawa maksud yang sama.
masing-masing faham bukan?

Ujian datang dalam bentuk yang berbeza-beza. Nikmat juga hadir dalam wadah yang berbeza-beza.

Yang pasti, hati kita tetap sama. KERANA DIA.

#ALLAH#






kisah kita




saying goodbye its not a hard part, but leaving our love, our live is!
-MRAR

No comments:

Post a Comment