Tuesday, May 28, 2013

triangle love~

bismillah...

hati-hati dalam menyentuh hati
tersenyum melihat wajah-wajah insan dihadapan
sungguh mereka jantung hatiku..

kita bertemu kerana Allah..
kita berkumpul jua kerana Dia..
dan In Shaa Allah..
nanti,
kita kan berpisah juga kerana Dia..

buat kakak-kakakku tercinta..
damailah dalam peluk kasih dan cinta tarbiyyah..
tenanglah dalam naungan Islam, Ihsan dan taqwa..
bahagialah dalam ikatan ukhuwahfillah..
kerana hati dan perasaanmu,
layak untuk semua itu..

teruslah berjalan, menapak mencari sinar,
teruslah bergemerlapan dalam cahaya hidayah Tuhan
teruslah berdoa dalam meraih sakinah
dan teruslah berlari dalam menggapai redha Ilahi


bidadari kecintaan dunia, 
masihkah dikau ingat, 
saat pertama kita melangkah untuk bersama,
dalam medan dakwah dan gerabak tarbiyyah
kau, aku dan dia hanyalah insan biasa-biasa
dan sekarang kita juga masih biasa-biasa
biasa-biasa dalam menyerhanakan kecintaan kita pada duniawi
hembusan syahdu bayu tarbiyyah menyapa indah
meraup, mengusap lembut hati-hati kita..
membawa kita kepada sebuah cinta hakiki



senyum indah menambah seri tringle love
bayu petang berhembusam lembut
membawa khabar ketenangan
hati terpaut
oleh indahnya sebuah pertemuan
semoga berkah ilahi mengiringi



terima kasih..
hanya ungkapan ini yang aku bisa karang
tak terbalas segunung kesudian dan pengorbananmu
biarlah, menjadi catatan makhluk suci

~tetaplah pada jalan ini~

with full of love,
nurizz azmi_270513

No comments:

Post a Comment